Selasa, 12 April 2011

pola dan sistem pendidikan pada masa kesultanan

pola dan sistem pendidikan pada masa kesultanan
Islam telah membawa peradaban yang tinggi ke Filipina terutama di Filipina selatan. Islam telah membawa perubahan ke kawasan Filipina Selatan iaitu dengan mewujudkan kerajaan yang agak besar dengan sistem yang biasa terdapat dalam kerajaan Islam abad ke-14 dan 15. Ia memberi sistem politik, ekonomi, sosial, perhubungan luar dan keagamaan yang lebih baik berdasarkan kepada agama Islam. Selain itu, wujud juga kemajuan ilmu pengetahuan dengan terdapatnya sistem pendidikan Islam seperti institusi pendidikan/surau, masjid, kitab-kitab dan adanya para ulama.

Dengan tertubuhnya sebuah kerajaan Islam, sistem politik juga turut mengalami perubahan. Contohnya, Kesultanan Sulu mempunyai institusi politik yang boleh dikatakan paling berpusat dan paling kuat dipengaruhi oleh institusi-insitusi politik negara-negara Islam yang lebih tua. Pada abad 16 sesetengah ciri sruktur formal kerajaan Sulu dapat dijejaki sehingga ke Brunei berbanding dengan struktur kerajaan Mindanao dan Buayan yang pengaruh-pengaruh pentingnya hanya dapat dijejaki sehingga ke Ternate sahaja.55 Dalam Salasilah Sulu ada dinyatakan proses pengislaman Sulu sudah berjalan dengan baik sungguhpun kesultanan itu masih belum wujud lagi. Pemimpin yang diiktiraf di kawasan sekitar Buansa pada ketika terdiri daripada Datu, Tuan, syaikh dan orang kaya. Datu merupakan gelaran yang paling tinggi dalam struktur politik. Tuan merupakan gelaran yang kedua terpenting selepas datu. Syaikh pula merupakan tokoh-tokoh agama dan orang kaya pula gelaran untuk rakyat biasa tetapi kaya tetapi ada kalanya digelar mantri disebabkan mereka memegang jawatan politik yang tertinggi untuk membeza mereka daripada ahli-ahli kelas pemerintah yang mempunyai jawatan yang sama.56

Penubuhan Kesultanan Buansa pada pertengahan abad ke 15 adalah untuk menempatlkan institusi politik Islam tetapi tidak menghapuskan unsur-unsur struktur politik yang lama. Berdasarkan ini gelaran Mahasari Maulana Al Sultan yang dianugerahkan kepada sultan pertama iaitu Sharif al-Hasyim dipakai oleh sultan-sultan yang menggantinya. Gelaran ini bermaksud sultan adalah pemimpin agama. Sementara itu, gelaran yang berunsurkan Hindu dikalangan pemerintah-pemerintah tidak bermakna bahawa penduduk Sulu pada waktu itu iaitu sebelum kedatangan Islam beragama hindu tetapi hanya peminjaman gelaran sahaja. Raja adalah gelaran yang digunakan oleh kerabat di raja tetapi tidak semestinya pemerintah.57 Menurut, Cesar Adib Majul kedua-dua sultan ini mempunyai sistem insitusi politik yang sama. Dalam sistem politik, Sultan mempunyai kedudukan yang paling tinggi iaitu berperanan sebagai ketua angkatan perang. Sultan juga berperanan sebagai ketua agama dan bergelar “bayangan Allah di muka bumi” (Zil-lullah-ard) serta simbol perpaduan dan keutuhan negeri.58

Tidak ada komentar:

Posting Komentar